Tuesday, October 9, 2012

, ,

Jom Design QR Code Sendiri

As'salam...

Post lewat sebelum balik kerja,...jom pakat design QR code utk kawan2 scan..contoh macam yang aku buat, siap ade tulisan ray-ban kat tengah kod QR tu.. meh aku citer skit ape itu QR code..

Yang atas ni ialah QR code saya.. (*yang petak itam putih itulah QR code) ..gambar android tu saje suka suki. kalau anda mempunyai telefon pintar dan mempunyai QR code scanner, sila scan code saya ni..ia akan membawa anda ke website jualan cermin mata rayban saya.

QR code boleh membawa pelbagai maklumat seperti: no telefom, email, website address, dan boleh jula letak text ucapan..meh nak story skit pasal QR code..

Ape tu QR code?
QR bermaksud Quick Response. Code ini sudah dikeluarkan oleh sebuah Syarikat Jepun Denso-Wave sejak tahun 1994  dan digunakan secara meluas di sana.
QR Code ini adalah Code 2D yang boleh menyimpan data di dalamnya. Ia boleh menyimpan alamat website, alamat email, alamat rumah kediaman, karangan, URL youtube, sebarang nombor telefon dan banyak lagi.

Bagaimana Untuk Scan QR Code ?
Jika anda menggunakan Blackberry atau iPhone, anda boleh cari dan download software dengan kata “QR Code Scanner/Reader”. Setelah anda download software ini, anda boleh cuba scan code di atas ini.

Bagaimana pula untuk membuat QR Code ?
Terdapat banyak website yang menyediakan perkhidmatan ini. Salah satu yang saya biasa gunakan adalah http://goqr.me/
Di situ nanti, anda masukkan URL Website anda, teks atau nombor dan website itu akan menyediakan code ini untuk and download.

Kelebihan QR Code ?
Anda tidak perlu lagi menulis atau copy paste alamat pejabat atau alamat email atau website yang panjang lagi. Anda boleh sekadar scan dan ia akan mendapatkan semua maklumat ini tadi.

Kelemahan QR Code ?
Hanya pengguna yang menggunakan smartphone sahaja yang boleh scan code ini buat masa ini. Pengguna dengan telefon biasa walaupun dengan kamera tidak boleh gunakannya.
Dibawah ini pula ada QR Code untuk blog ini, jika anda rasa blog ini membantu anda dan dapat membantu orang lain juga, sila letakkan imej ini di blog anda atau facebook anda.


sedikit cilok dari blog : http://www.shahabudeenjalil.com/2011/12/apa-itu-qr-code-bagaimana-menggunakannya-apa-kelebihannya/

untuk deisgn QR code yang mempunyai gambar atau logo kat tengah QR code, anda boleh lawati website ini..  http://www.qrhacker.com/ 


thanks you..

Share:

0 comments:

Post a Comment